Mengapa Wanita Hamil Dinasihat Menghadkan Memakan Ikan?

Ikan seringkali dikategorikan sebagai makanan sihat untuk dimakan akan tetapi mengapa ada yang mensarankan ibu mengandung untuk tidak terlalu banyak mengambil ikan? Munurut BBC, ada yang khuatir tahap pencemaran ikan tersebut yang mungkin mengandungi merkuri sehingga menjejaskan kehamilan dan juga ibu yang menyusukan anak mereka. Jadi adakah memakan ikan baik atau mengundang risiko kedihatan? Sejak beberapa dekad ini, kebimbangan memakan ikan ialah kerana paras pencemaran … Continue reading Mengapa Wanita Hamil Dinasihat Menghadkan Memakan Ikan?

Bagaimana Epidural Berfungsi Untuk Mengurangkan Kesakitan Bersalin?

Epidural merupakan salah satu cara melegakan kesakitan sewaktu melahirkan anak. Ia merupakan bius yang disuntik berdekata dengan tulang belakang bahagian bawah. Ia akan membuat badan bahagian bawah anda kebas tetapi membenarkan ibu melahirkan terjaga serta berwaspada tentang kelahiran anak apabila datangnya tekanan untuk mengeluarkan anak dan pada masa sama rasa lebih selesa. Bagaimana Ianya Berfungsi? Jika seseorang itu ingin bersalin, uterus atau rahim akan mengecut … Continue reading Bagaimana Epidural Berfungsi Untuk Mengurangkan Kesakitan Bersalin?

14 Petanda Anda Sukar Mengandung Lagi

Kadar ketidaksuburan seseorang adalah bergantung kepada berapa kali percubaan yang dilakukan untuk mengandung. Jika anda sedang mencuba selama enam bulan hingga setahun, doktor akan menyatakan anda tidak subur. Pakar juga menasihatkan petanda ketidaksuburan ini tidak seharusnya dihiraukan walaupun anda belum bersedia untuk mendapatkan anak. Ini kerana ia mungkin akan menjejaskan kesihatan anda secara umumnya. Haid tidak menentu Ketika remaja, haid tidak menentu adalah sesuatu yang … Continue reading 14 Petanda Anda Sukar Mengandung Lagi

Lima Keperluan Asas Untuk Menyambut Bayi Dalam Keadaan Kecemasan

Sebelum perkara ini terjadi, ibu mengandung boleh siapkan senarai ini untuk suami atau peneman bantu dalam proses melahirkan anak dalam kecemasan dan tidak boleh dielakkan. Senarai dan pengetahun ini juga baik sekiranya ibu berseorangan dan bersedialah dengan barangan ini terutamanya ibu mengandung 37 minggu ke atas. Sediakan alas tempat perbaringan seperti plastik alas meja atau hamparan kain yang tebal kerana proses kelahiran akan mengeluarkan banyak … Continue reading Lima Keperluan Asas Untuk Menyambut Bayi Dalam Keadaan Kecemasan

Tips Ibu Mengandung 37 Minggu Supaya Tidak Panik Bila Rasa Ingin Bersalin Tiba-Tiba

Apabila ibu mengandung sudah melewati usia kandungan 37 minggu, kehamilan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Oleh sebab itu, adalah sangat digalakkan untuk membawa bersama buku rekod pemeriksaan kehamilan dan bersedia dengan beg ke hospital yang berisi kelengkapan bersalin pada waktu ini. Jika ibu dalam keadaan memandu kereta Sekiranya ibu terbabit sedang memandu dan terasa sakit, berhentilah di tempat selamat seperti di lorong kecemasan, stesen … Continue reading Tips Ibu Mengandung 37 Minggu Supaya Tidak Panik Bila Rasa Ingin Bersalin Tiba-Tiba

Adakah Ibu Positif Covid-19 Boleh Beri Susu Badan Kepada Bayi & Bagaimana Pastikan Ruang Selamat Untuk Bayi

Anda juga mungkin akan risau tentang cara bagaimana memastikan rumah serta nurseri bayi anda bersih. Virus Covid-19 Hidup Lebih Lama Di Atas Permukaan Plastik & Besi Tahan Karat Kajian yang dilakukan oleh Institut Kebangsaan Health’s National Institute of Allergy and Infectious Diseases telah mendapati SARS-CoV-2, virus yang bertanggungjawab ke atas pandemik yang kita alami sekarang ini kekal aktif di permukaan plastik dan besi tahan karat … Continue reading Adakah Ibu Positif Covid-19 Boleh Beri Susu Badan Kepada Bayi & Bagaimana Pastikan Ruang Selamat Untuk Bayi

Apa Yang Berlaku Jika Ibu Mengandung Positif Covid-19?

Ibu mengandung mungkin akan lebih mudah mengalami komplikasi akibat daripada jangkitan Covid-19 kerana banyak perubahan yang berlaku di dalam badan mereka. Menurut Dr Ann Tan, pakar ginekologi di Pusat Kesuburan & Fetal Wanita di Singapura, wanita hamil kadang-kadang mengalami perubahan imuniti. Ia berlaku akibat daripada beberapa penyakit seperti hiperemesis (muntah teruk), anemia (kekurangan sel darah merah) atau diabetes (kencing manis). Langkah Tambahan Sewaktu Mengandung Perlu … Continue reading Apa Yang Berlaku Jika Ibu Mengandung Positif Covid-19?

Setelah Bersama Suami, 5 Langkah Ini Patut Isteri Lakukan

Menjadikan amalan untuk ke tandas setelah bersetubuh adalah kebiasaan yang baik untuk mengelak jangkitan yang boleh menyebabkan isu kesihatan yang tidak baik. Ini adalah beberapa amalan yang perlu anda lakukan untuk mengelak daripada jangkitan atau pembiakan bakteria. 1. Membuang air kecil Walaupun anda tidak ada rasa untuk membuang air kecil, namun ia adalah perkara penting kerana molekul luar termasuk bakteria boleh memasuki uretra, tiub urinri … Continue reading Setelah Bersama Suami, 5 Langkah Ini Patut Isteri Lakukan

Trauma Akibat Melahirkan Anak

Setiap wanita yang pernah mengharungi proses melahirkan anak akan mengalami proses paling menyakitkan dalam hidup mereka dan ada yang memberi kesan mendalam seperti ‘trauma’. Pakar menasihatkan untuk wanita yang mengalami kesan negatif terhadap pengalaman mereka melahirkan anak untuk bersuara tentang pengalaman tersebut. Bagaimana Trauma Setelah Melahirkan Anak Terjadi? “Setelah melahirkan anak, pengeluaran hormon estrogen di dalam badan wanita akan turun secara mendadak dan ini menyebabkan … Continue reading Trauma Akibat Melahirkan Anak

Ibu Yang Ingin Mengambil Makanan 100% Sayuran Perlu Fikir Semula Tentang Niat Itu..

Adakah terlintas di fikiran anda untuk mengubah diet menjadi seorang yang mengamalkan makanan sayur-sayuran sahaja (vegetarian diet) ? Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh jurnal BMJ Nutrition, Prevention & Health, sememangnya memakan sayuran adalah sesuatu yang baik apatah lagi ia adalah untuk kebaikan alam. Walau bagaimanapun, ia berkemungkinan besar akan mengganggu kesihatan otak kita. Salah satu nutrien utama dalam perkembangan otak ialah kolin. Ia sangat … Continue reading Ibu Yang Ingin Mengambil Makanan 100% Sayuran Perlu Fikir Semula Tentang Niat Itu..