Bagaimana Untuk Meningkatkan Keyakinan Diri Anak Perempuan Anda

Tidak dinafikan kanak-kanak perempuan lebih malu dan mungkin lebih kurang keyakinan diri apatah lagi mungkin fizikal mereka lebih kecil ataupun lebih kurus dan sebagainya. Oleh sebab itu apakah yang perlu dilakukan ibubapa untuk meningkatkan keyakinan diri anak anda? Mendidik anak untuk menerima tubuh badan seadanya Ibu memainkan peranan besar tentang imej tubuh badan ke atas anak mereka. Oleh itu ibu harus mengelak untuk mengeluarkan persoalan … Continue reading Bagaimana Untuk Meningkatkan Keyakinan Diri Anak Perempuan Anda

Perkongsian Nasihat Untuk Mereka Yang Mahu Anak Ke-2

Menimang cahaya mata bukan perkara yang mudah. Ramai yang tahu perkara ini tetapi ramai juga yang menyukai anak ramai. Oleh sebab itu ini dia beberapa tips perkongsian untuk anda yang ingin menimang cahaya mata kedua. Jangan bergaduh hal yang kecil. Jika anda pertama anda mahu memakai baju yang lain daripada yang anda sudah berikan, jangan menghabiskan masa dan tenaga untuk “berperang” dengan anak tentang hal … Continue reading Perkongsian Nasihat Untuk Mereka Yang Mahu Anak Ke-2

6 Snek Yang Tidak Menjejaskan Gigi Kanak-Kanak

Kebanyakan kanak-kanak menggemari perkara yang manis tetapi sebagai ibubapa adakalanya risau dengan gula berlebihan yang menjejaskan gigi dan kesihatan mereka. Ini dia beberapa snek bernutrisi yang boleh diberikan kepada anak. Akan tetapi memberus gigi masih perlu dilakukan untuk elak perkara yang tidak ingini seperti rasa sakit dan sebagainya. Tembikai Kajian mendapati orang yang memakan isi tembikai ini memiliki peratusan kaviti di gigi lebih kurang daripada … Continue reading 6 Snek Yang Tidak Menjejaskan Gigi Kanak-Kanak

7 Rahsia Cara Mendisiplinkan Anak Secara Efektif

Disiplin sebenarnya datang daripada perkataan Latin iaitu “disciplinare” yang membawa maksud untuk mengajar. Ia merupakan cara untuk menangani tingkah laku kanak-kanak. Pakar berkongsi cara berkesan untuk mendisiplinkan anak dengan betul. Menghukum bukanlah cara berkesan untuk mendisiplinkan anak Mendisiplinkan anak ini perlu ada hubungan yang baik dan sihat di antara kedua-dua pihak. Sama ada dengan guru dan pelajar ataupun anak dan ibubapa. Apabila anak mendapat maklumbalas … Continue reading 7 Rahsia Cara Mendisiplinkan Anak Secara Efektif

Mengapa Wanita Hamil Dinasihat Menghadkan Memakan Ikan?

Ikan seringkali dikategorikan sebagai makanan sihat untuk dimakan akan tetapi mengapa ada yang mensarankan ibu mengandung untuk tidak terlalu banyak mengambil ikan? Munurut BBC, ada yang khuatir tahap pencemaran ikan tersebut yang mungkin mengandungi merkuri sehingga menjejaskan kehamilan dan juga ibu yang menyusukan anak mereka. Jadi adakah memakan ikan baik atau mengundang risiko kedihatan? Sejak beberapa dekad ini, kebimbangan memakan ikan ialah kerana paras pencemaran … Continue reading Mengapa Wanita Hamil Dinasihat Menghadkan Memakan Ikan?

5 Aktiviti Bersama Anak Untuk Mengasah Kreativiti Mereka

Aktiviti yang mengasah kreativiti anak sangat digalakkan terutamanya di era ini di mana inovasi sangat cepat berlaku. Menurut pakar, pembelajaran berdasarkan permainan adalah cara terbaik untuk mengembangkan kemahiran anak dan memastikan mereka berada dalam jalan untuk menjadi inovator masa depan dan pemikir fleksibel. Mereka juga menekankan kepentingan ibubapa bermain bersama anak untuk meningkatkan pembangunan sosial dan emosi mereka. “Bermain dengan mereka merupakan kunci untuk hubungan … Continue reading 5 Aktiviti Bersama Anak Untuk Mengasah Kreativiti Mereka

Mengapa Berkaki Ayam Baik Untuk Kanak-Kanak

Berkaki ayam bermaksud tidak mengenakan sebarang kasut dengan itu selalunya ibubapa akan menghalang anak untuk bermain di luar tanpa kasut kerana risau akan cedera. Namun menurut pakar, berkaki ayam di luar ada baiknya untuk kematangan dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Antara lima sebab mengapa berkaki ayam boleh membantu dalam proses pertumbuhan ialah: 1. Ia merupakan cara alami pembentukan lengkungan tapak kaki Apabila anak anda memijak pelbagai … Continue reading Mengapa Berkaki Ayam Baik Untuk Kanak-Kanak

3 Jenis Susu Ibu Yang Anda Patut Tahu

Kebanyakan daripada kita tidak tahu bahawa susu badan juga mempunyai jenisnya. Secara umumnya, susu badan terbahagi kepada 3 jenis iaitu kolostrum, susu transisi dan juga susu matang. Persoalannya, apakah beza ketiga-tiga jenis susu ini? Kolostrum Kolostrum adalah peringkat pertama susu badan yang berwarna seakan kekuningan. Susu jenis ini juga dikenali dengan nama susu awal bayi. Ia dihasilkan sewaktu kehamilan dan akan berlangsung beberapa hari selepas … Continue reading 3 Jenis Susu Ibu Yang Anda Patut Tahu

6 Amalan Berpantang Yang Perlu Dilakukan Ibu Setelah Bersalin

Pada asasnya, amalan berpantang selepas bersalin adalah bertujuan mengeluarkan angin dalam badan selepas bersalin, menggalakkan peredaran darah, menguatkan tulang sendi serta meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. Budaya pantang ini juga bukan hanya berlaku di kalangan orang Melayu tetapi juga bagi kaum Cina dan India. Malah sebenarnya konsepnya lebih kurang sama sahaja. Berikut ialah 6 amalan berpantang yang masih diamalkan sehingga kini dan mengapa ia … Continue reading 6 Amalan Berpantang Yang Perlu Dilakukan Ibu Setelah Bersalin

Pada Usia Berapa Kanak-Kanak Mula Membaca?

Kebanyakan kanak-kanak belajar untuk membaca pada usia enam hingga tujuh tahun. Mula Belajar Membaca Awal Tidak Semestinya Akan Lebih Berjaya Ada yang mula belajar pada usia 4 hingga 5 tahun. Akan tetapi, walaupun anak anda mula membaca pada usia muda, ia juga tidak bermakna mereka akan terus kehadapan di sekolah. Kanak-kanak lain akan mula setara dengan anak yang mula awal ketika darjah dua atau tiga. … Continue reading Pada Usia Berapa Kanak-Kanak Mula Membaca?