6 Snek Yang Tidak Menjejaskan Gigi Kanak-Kanak

Kebanyakan kanak-kanak menggemari perkara yang manis tetapi sebagai ibubapa adakalanya risau dengan gula berlebihan yang menjejaskan gigi dan kesihatan mereka. Ini dia beberapa snek bernutrisi yang boleh diberikan kepada anak. Akan tetapi memberus gigi masih perlu dilakukan untuk elak perkara yang tidak ingini seperti rasa sakit dan sebagainya. Tembikai Kajian mendapati orang yang memakan isi tembikai ini memiliki peratusan kaviti di gigi lebih kurang daripada … Continue reading 6 Snek Yang Tidak Menjejaskan Gigi Kanak-Kanak

3 Jenis Susu Ibu Yang Anda Patut Tahu

Kebanyakan daripada kita tidak tahu bahawa susu badan juga mempunyai jenisnya. Secara umumnya, susu badan terbahagi kepada 3 jenis iaitu kolostrum, susu transisi dan juga susu matang. Persoalannya, apakah beza ketiga-tiga jenis susu ini? Kolostrum Kolostrum adalah peringkat pertama susu badan yang berwarna seakan kekuningan. Susu jenis ini juga dikenali dengan nama susu awal bayi. Ia dihasilkan sewaktu kehamilan dan akan berlangsung beberapa hari selepas … Continue reading 3 Jenis Susu Ibu Yang Anda Patut Tahu

Cara Untuk Menggalakkan Anak Makan Sayur

Kanak-kanak selalunya tidak begitu gemar tekstur dan warna sayur-sayuran tetapi jarang sekali kanak-kanak alahan terhadap sayur. Kalau anak anda sukar memakan sayur, ini dia beberapa tips untuk menggalakkan makan sayur. Cuba nampakkan sayuran lebih menarik Potong sayur seperti timun dalam bentuk haiwan kegemaran anak anda dengan menggunakan acuan biskut. Beri sarapan bernutrisi sayuran Antara sayuran menarik yang boleh dijadikan sarapan ialah avokado lenyek dengan roti … Continue reading Cara Untuk Menggalakkan Anak Makan Sayur

Menukar Pengambilan Susu Ibu Kepada Susu Lembu

Pengambilan susu ibu adalah digalakkan sehingga usia dua tahun. Akan tetapi ada sahaja ibu yang masih memberi susu kepada anak mereka setelah usia tersebut. Bagi ibu yang ingin memulakan anak mereka untuk minum susu lembu mungkin terlintas di fikiran sama ada mereka lebih sesuai untuk menggunakan botol susu ataupun cawan? Susu Dalam Botol Atau Cawan? Menurut pakar, jika anda memperkenalkan susu lembu kepada bayi anda … Continue reading Menukar Pengambilan Susu Ibu Kepada Susu Lembu

Pada Usia Berapa Bayi Boleh Minum Susu Lembu?

Ramai ibubapa yang memberi anak mereka susu formula mungkin pernah terfikir untuk menukarkan kepada susu lembu kerana harganya yang lebih murah dan lebih mudah untuk disediakan. Akan tetapi pakar selalunya tidak akan membenarkan perkara tersebut dilakukan sehinggalah bayi berusia 9 hingga 12 bulan. Mengapa Bayi Tidak Boleh Minum Susu Lembu? Ini kerana bayi tidak dapat menghadam susu lembu dan mereka boleh kekurangan zat besi jika … Continue reading Pada Usia Berapa Bayi Boleh Minum Susu Lembu?

Boleh Ke Bayi Makan Kacang?

Nasihat untuk memberi kekacang kepada bayi telah berubah sejak kebelakangan ini. Sebelum ini ibubapa seringkali dinasihatkan untuk tidak memberi sebarang makanan berunsurkan kacang kepada bayi sehingga mereka berusia 3 tahun kerana bimbang risiko alahan. Namun begitu, sejak beberapa kajian dilakukan, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) kini percaya bahawa melambatkan pemakanan berunsurkan kacang tidak melindungi kanak-kanak daripada risiko alahan. Malah, memperkenalkan makanan ini ditahap yang lebih awal … Continue reading Boleh Ke Bayi Makan Kacang?

Makanan Bayi Tak Ada Rasa, Boleh Ke Tambah Garam?

Bayi di bawah usia 12 bulan hanya boleh menerima kandungan garam yang sangat sedikit. Kurang daripada 1g sahaja setiap hari. Ini kerana ginjal bayi belum boleh menampung jumlah garam lebih daripada 1g (0.4g sodium). Sebelum usia bayi 6 bulan, bayi akan mendapatkan sodium/garam daripada susu ibu ataupun susu formula yang diberikan. Setelah 6 bulan ketika bayi mula memakan makanan, tidak perlu memberi makanan ditambah garam … Continue reading Makanan Bayi Tak Ada Rasa, Boleh Ke Tambah Garam?

Mengapa Bayi Tidak Boleh Makan Madu?

Bagi dewasa, madu adalah salah satu sumber makanan yang sihat tetapi berlainan untuk bayi berusia kurang daripada satu tahun. Madu memiliki bakteria C. botulinum yang boleh menghasilkan toksin di dalam usus besar bayi sehingga menyebabkan penyakit langka yang serius dikenali sebagai “infant botulism“. Apa Itu Bakteria C. Botulinum? Ia merupakan bakteria yang boleh menghasilkan unsur yang membunuh. Ia dihidup di pelbagai tempat termasuk tanah, debunga, … Continue reading Mengapa Bayi Tidak Boleh Makan Madu?

2 Resepi Mudah Gantikan Bahan Dalam ‘Dessert’ Untuk Bayi Di Bawah Usia 1 Tahun

Mungkin ramai tidak tahu bahawa bayi anda yang sudah boleh mengunyah itu boleh diberikan manisan. Namun, terdapat pelbagai ramuan di dalam kuih atau manisan yang sedia ada tidak boleh diberi kepada anak yang berusia di bawah satu tahun kerana mengandungi susu lembu, gula ataupun madu. Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang anak anda untuk mencuba sesuatu yang baharu. Anda boleh lakukan resepi pencuci mulut yang “baby-friendly” … Continue reading 2 Resepi Mudah Gantikan Bahan Dalam ‘Dessert’ Untuk Bayi Di Bawah Usia 1 Tahun

Makanan Apa Sahaja Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang?

Sewaktu berpantang, ramai yang menyatakan ikan adalah baik untuk dimakan. Antara ikan yang digalakkan untuk makan ialah ikan tenggiri dan haruan kerana kedua ikan ini dapat membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran serta membantu menegangkan kulit tubuh serta menaikan seri wajah. Namun, tidak semua ikan boleh diambil ketika berpantang kerana menurut yang berpengalaman, terdapat ikan yang mengandungi bisa yang boleh menyebabkan masalah turun darah dan … Continue reading Makanan Apa Sahaja Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang?