7 Cara Yang Betul Untuk Mendisiplinkan Anak

Seorang guru juvana di sebuah pusat penahanan di Selangor berkongsi dengan TheStar beberapa perkara tentang mendisiplinkan anak. “Jika anda mendidik anak dengan cara yang sepatutnya, apabila mereka besar mereka tidak akan lari daripada didikan tersebut. Seperkara tentang disiplin ialah ia bukanlah sesuatu misi yang singkat tetapi ia mengambil masa yang lama. Kanak-kanak yang tidak diajar bertanggungjawab ke atas perkara yang mereka lakukan akan membesar menjadi … Continue reading 7 Cara Yang Betul Untuk Mendisiplinkan Anak

Lahir Normal & Sihat Tetapi Setelah 7 Bulan…

Kehadiran cahaya mata semestinya menjadi penyeri hidup di dalam sesebuah keluarga. Bayi yang dilahirkan sedikit lebih awal pada usia 36 minggu dengan berat 2.7 kilogram oleh sepasang suami isteri diisytiharkan sihat untuk pulang. Bayi perempuan yang dilahirkan itu kelihatan normal walaupun seperti yang berlaku pada hampir setiap bayi yang lahir di Malaysia, terkena sakit kuning. Tetapi dengan pemberian susu ibu, ia surut dan beransur pulih … Continue reading Lahir Normal & Sihat Tetapi Setelah 7 Bulan…

Jangan Marah Anak Malas, Ibubapa Perlu Cermin Diri Juga. Adakah Anda Seorang Pemalas?

Seperti kata pepatah, melentur buluh biar lah dari rebungnya dan bapa borek anak rintik. Oleh itu, setiap gerak-geri perlulah dijaga supaya dapat memberi contoh yang baik kepada anak-anak. Menurut laporan mengenai sebuah kajian baru dari pakar, rutin senaman ibu bapa sebenarnya mempengaruhi anak-anak. Pakar mengatakan kelakuan ibu bapa yang tidak aktif akan menyebabkan anak mereka bertambah malas setiap 0.10 minit. Ibu bapa yang aktif pula … Continue reading Jangan Marah Anak Malas, Ibubapa Perlu Cermin Diri Juga. Adakah Anda Seorang Pemalas?

4 Tanda Anak Anda Berisiko Mengalami Kecederaan Ketika Bersukan

Kalau selama ini anda hanya biarkan anak terlibat dengan aktiviti sukan tanpa merisaukan kesejahteraan diri mereka, fikiran anda itu sebenarnya meleset. Pelajari bagaimana untuk membendung anak daripada mengalami kecederaan semasa bersukan: Tidak mengutamakan keselamatan Kanak-kanak yang tidak tahu dan tidak menggunakan atau memakai peralatan perlindungan sukan yang betul adalah lebih berisiko untuk mengalami kecederaan semasa bersukan, dan ini merupakan antara penyebab kepada isu mengapa ramai … Continue reading 4 Tanda Anak Anda Berisiko Mengalami Kecederaan Ketika Bersukan

4 Mitos Kanak-Kanak ADHD Yang Sering Masyarakat Fikir Ianya Fakta

Terdapat beberapa tanggapan buruk atau mitos yang sering berlegar berkenaan kanak-kanak yang mengalami ADHD. Mitos-mitos ini berkemungkinan wujud akibat ketidakpedulian, atau perasaan mudah untuk membuat kesimpulan awal tanpa memahami apakah keadaan sebenar ADHD tersebut. Berikut merupakan antara mitos yang sering diperkatakan berkenaan kanak-kanak ADHD. Mitos 1: Kaedah keibubapaan yang lemah penyebab ADHD Ramai yang menganggap bahawa kanak-kanak yang hiperaktif ini sebagai seorang yang kurang sopan … Continue reading 4 Mitos Kanak-Kanak ADHD Yang Sering Masyarakat Fikir Ianya Fakta

4 Petanda Anak Hiperaktif Yang Perlu IbuBapa Ambil Perhatian

Antara salah satu simptom ADHD yang paling popular dalam kanak-kanak adalah sifat mereka yang hiperaktif. Namun sebenarnya jika anak anda memiliki sifat hiperaktif dan bertenaga, ia tidak mencukupi untuk mengatakan bahawa anak anda adalah penghidap ADHD. Malah, ada juga kanak-kanak yang mempunyai ADHD tidak berkelakuan sedemikian kerana mereka lebih cenderung untuk duduk diam, mudah lalai dan simptom-simptom yang lain yang lebih kurang kelihatan. Bagaimana untuk mengenalpasti ADHD … Continue reading 4 Petanda Anak Hiperaktif Yang Perlu IbuBapa Ambil Perhatian

Ini Sebabnya Mengapa Media Sosial Tidak Membenarkan Pengguna Di Bawah Usia 13 Tahun

Sebuah panduan ‘pembongkar jargon atau terma’ yang mengajar kanak-kanak tentang hak-hak mereka di laman media sosial telah diterbitkan. Pesuruhjaya Kanak-Kanak England, Anne Longfield berkata Facebook, Instagram, Snapchat, WhatsApp dan YouTube tidak menjelaskan dasar mereka dengan baik, lapor BBC. Beliau memudahkan beberapa terma dan syarat-syarat laman web dengan kerjasama firma undang-undang privasi, Schillings. Panduan yang ringkas itu adalah tindak balas terhadap laporan Growing Up Digital Pesuruhjaya tersebut, yang mendapati … Continue reading Ini Sebabnya Mengapa Media Sosial Tidak Membenarkan Pengguna Di Bawah Usia 13 Tahun

Pengasuh: Jangan Cari Di Media Sosial

Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak mencari pengasuh untuk anak mereka secara dalam talian, sebaliknya perlu mendapatkan cadangan peribadi daripada saudara atau kenalan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, berkata ibu bapa juga boleh mendapatkan cadangan daripada Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dan Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) bagi mendapatkan calon yang sesuai untuk menjaga anak mereka. “Jangan cari pengasuh secara dalam talian. Tolong jangan memilih orang yang tidak dikenali, dapatkan cadangan peribadi seperti … Continue reading Pengasuh: Jangan Cari Di Media Sosial

Anak Anda Akan Berkelakuan Lebih Baik Jika Didedahkan Kepada Sukan?

Menurut kajian dari Kanada, sukan boleh membantu menaikkan keupayaan belajar dan fokus yang lebih tinggi terhadap kanak-kanak. Selain itu, dengan mengambil bahagian dalam sukan berpasukan, ia juga merupakan antara cara yang sangat baik untuk meningkatkan tumpuan kanak-kanak di dalam kelas dan kemahiran pengawalan kendiri mereka. Untuk mendapatkan fokus yang lebih tinggi di dalam kelas dan lebih berupaya untuk belajar, kanak-kanak perlu mengambil bahagian dalam sukan … Continue reading Anak Anda Akan Berkelakuan Lebih Baik Jika Didedahkan Kepada Sukan?

Betul Ke ‘Fogging’ Boleh Menyebabkan Autisme?

Anda mungkin pernah dengar istilah fogging sebelum ini – ia adalah penyemburan racun perosak di udara untuk membunuh nyamuk. Berdasarkan sebuah kajian, mereka telah mendapati bahawa terdapat korelasi antara penyemburan tersebut dengan peningkatan risiko kelewatan perkembangan dan autisme di kalangan kanak-kanak. Pada mesyuarat Pertubuhan Akademik Pediatrik baru-baru ini, para penyelidik tersebut telah membentang kajian di mana mereka melihat kaitan di antara kadar autisme dan kelewatan perkembangan dari … Continue reading Betul Ke ‘Fogging’ Boleh Menyebabkan Autisme?