IbuBapa Menggunakan Agama Sebagai Alasan Untuk Tidak Suntik Vaksin Pada Anak?

Semasa zaman kerajaan Barisan Nasional, mereka pernah cuba untuk menjadikan suntikan vaksin sebagai prasyarat untuk bersekolah setelah beberapa kematian akibat penyakit difteria pada tahun 2016. Walau bagaimanapun terdapat kekangan dan tentangan untuk menguatkuasakan undang-undang ini. Oleh yang demikian, Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementeriannya akan cuba menasihatkan ibubapa untuk mendapatkan vaksin bagi anak-anak mereka. Sukar Apabila Menggunakan Agama Sebagai Alasan … Continue reading IbuBapa Menggunakan Agama Sebagai Alasan Untuk Tidak Suntik Vaksin Pada Anak?

6 Perkara Yang Berlaku Di Alam Maya Yang IbuBapa Perlu Tahu

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Unicef telah mendedahkan 8 daripada 10 kanak-kanak pernah dibuli di sekolah. Melalui tinjauan Children4Change, 70% daripada kanak-kanak berkata mereka telah menyaksikan rakan mereka dibuli kerana rupa mereka, cara berpakaian dan cara jalan. Menurut wakil daripada Unicef ke Malaysia Marianne Clark-Hattingh, kita sering memandang remeh terhadap impak membuli di kalangan kanak-kanak. “Ia adalah satu keperluan untuk kanak-kanak merasakan ia selamat untuk … Continue reading 6 Perkara Yang Berlaku Di Alam Maya Yang IbuBapa Perlu Tahu

Mengapa wanita hamil memerlukan pengambilan ikan?

Wanita hamil perlu mengambil sekurang-kurangnya 200 hingga 350 gram ikan dalam masa seminggu. Ini kerana ia merupakan makanan yang penting kerana ia kaya dengan protein, zat besi dan omega 3. Wanita hamil yang tidak mempunyai apa-apa komplikasi kesihatan perlu mengambil sekurang-kurangnya 27 mg zat besi setiap hari untuk mengelakkan anemia.  Selain itu, wanita hamil juga perlu mengambil 71 gram protein setiap hari untuk memastikan tumbesaran … Continue reading Mengapa wanita hamil memerlukan pengambilan ikan?

Bagus Atau Tidak Beri Duit Belanja Kepada Anak?

Sebagai ibubapa kita kadang keliru sama ada boleh atau tidak kita beri kepercayaan penuh kepada anak-anak dengan duit. Namun begitu, ia sebenarnya cara yang terbaik untuk mendidik anak menjadi bertanggungjawab dan menguruskan wang yang ada di tangan mereka. Ia juga salah satu cara untuk menjadikan mereka lebih berdikari, sabar dan menghargai sesuatu sekaligus pandai mengira. Cara Untuk Mendidik Kanak-Kanak Dalam Kewangan Beri anak anda RM1 … Continue reading Bagus Atau Tidak Beri Duit Belanja Kepada Anak?

7 Perkara Yang Perlu Anda Persiapkan Supaya Tidak Terjadi Seperti Kes Kehilangan Nora Anne Quoirin

Berita kehilangan seorang remaja Ireland yang bernama Nora Anne Quoirin telah mengejutkan negara apabila tubuhnya telah ditemukan pada 13 Ogos 2019 kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarganya. Remaja berusia 15 tahun tersebut telah dilaporkan hilang pada  4 Ogos lepas dan pencarian berterusan telah dilakukan selama 10 hari. Tubuhnya telah dijumpai berdekatan air terjun oleh sekumpulan sukarelawan yang mendaftar bagi membantu pencarian remaja tersebut. Pencarian … Continue reading 7 Perkara Yang Perlu Anda Persiapkan Supaya Tidak Terjadi Seperti Kes Kehilangan Nora Anne Quoirin

Dari Mana Datangnya Dakyah Anti-vaksin Moden?

Sehingga ke hari ini, gerakan anti-vaksin di seluruh dunia semakin membesar dan membimbangkan. Ini kerana fahaman mereka yang tidak bersandarkan saintifik dan hanya berdasarkan perasaan semata-mata adalah tidak rasional dan akan menjadi racun kepada seluruh masyarakat di dunia. Kini, mereka muncul pula dengan dakyah baharu yang mengatakan pengambilan vaksin akan menyebabkan anak anda menghidap autisme. Jadi, sejauh manakah kebenaran fahaman mereka ini? Dari mana timbulnya … Continue reading Dari Mana Datangnya Dakyah Anti-vaksin Moden?

Perkahwinan Campur Menambahkan Ilmu, Budaya & Pengalaman Anak

Perkahwinan campur antara dua orang berlatar belakang berbeza selalunya dikatakan rumit. Kalau di Malaysia perkahwinan di antara orang berlainan negeri pun memiliki budaya dan adat negeri masing-masing apatah lagi dengan negara yang berlainan. Namun begitu, menurut pasangan Mimi Hashim dan Mawdud Choudhury yang sudah berkahwin selama 14 tahun ini, mereka tidak merasakan latar belakang mereka daripada dua negara berbeza mengubah cara mereka mendidik anak. Perkahwinan … Continue reading Perkahwinan Campur Menambahkan Ilmu, Budaya & Pengalaman Anak

4 Langkah Untuk Mengetahui Kanak-Kanak Mengalami Gangguan Spektrum Autisme

Pada tahun 2013, Persatuan Psikiatri Amerika telah mengabungkan empat keadaan yang berhubung kait di antara satu sama lain iaitu gangguan autistik, gangguan disintegratif kanak-kanak, gangguan perkembangan yang meluas yang tidak spesifik dan sindrom Asperger di bawah satu payung diagnosis dipanggil Gangguan Spektrum Autisme (ASD). “Kami perlu melihat kanak-kanak tersebut secara menyeluruh sebelum membuat keputusan,” kata pakar perkembangan kanak-kanak Dr Subhashini Jayanath. Langkah-langkah Yang Diambil Untuk … Continue reading 4 Langkah Untuk Mengetahui Kanak-Kanak Mengalami Gangguan Spektrum Autisme

Hubungan Antara Gajet Dan Kanak-Kanak Yang Menunjukkan Simptom Autisme

Mana-mana pakar perkembangan kanak-kanak pasti akan menasihatkan ibubapa untuk mengurangkan pendedahan gajet kepada anak mereka. Pakar perkembangan kanak-kanak, Dr Subhashini Jayanath berkata ramai ibubapa akan berkata mereka mendedahkan gajet kepada anak mereka sebaik sahaja mereka mampu untuk duduk iaitu di antara usia enam sehingga tujuh bulan. Banyak Belajar Melalui Gajet Tetapi.. “Terdapat kesalahan konsep yang menyatakan kanak-kanak dapat mempelajari banyak perkara melalui gajet ini. Ya, mereka akan … Continue reading Hubungan Antara Gajet Dan Kanak-Kanak Yang Menunjukkan Simptom Autisme

12 Minuman Yang Tidak Patut Diberi Pada Anak

Adakah semua air selain air putih mampu memberi kesan kepada tahap hidrasi tubuh badan? Persoalan ini sangat penting bagi setiap ibu bapa kerana mereka perlu memastikan anak mereka kekal berhidrasi dengan memberikan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh badan. Bagi mencapai tujuan ini, mereka juga perlu tahu minuman jenis apa yang tidak patut anak mereka ambil. Ikuti artikel HelloDoktor ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. 1. Minuman … Continue reading 12 Minuman Yang Tidak Patut Diberi Pada Anak