Cara Untuk Menggalakkan Anak Makan Sayur

Kanak-kanak selalunya tidak begitu gemar tekstur dan warna sayur-sayuran tetapi jarang sekali kanak-kanak alahan terhadap sayur. Kalau anak anda sukar memakan sayur, ini dia beberapa tips untuk menggalakkan makan sayur. Cuba nampakkan sayuran lebih menarik Potong sayur seperti timun dalam bentuk haiwan kegemaran anak anda dengan menggunakan acuan biskut. Beri sarapan bernutrisi sayuran Antara sayuran menarik yang boleh dijadikan sarapan ialah avokado lenyek dengan roti … Continue reading Cara Untuk Menggalakkan Anak Makan Sayur

Cara Mengajar Anak Anda Untuk Berkongsi

Adalah perkara biasa untuk kanak-kanak sukar berkongsi barang mereka. Ia adalah sebuah proses perkembangan yang normal. Kanak-kanak di bawah usia dua setengah tahun memang sukar untuk berkongsi barang mereka. Mereka selalunya suka bermain bersebelahan dengan rakan tetapi tidak bersama. Selalunya mereka akan lebih mementingkan diri dan barang mereka serta tidak menghiraukan orang lain. Namun jika ibubapa memberi mereka panduan dan mendidik mereka memberi, mereka juga … Continue reading Cara Mengajar Anak Anda Untuk Berkongsi

Kenapa Kanak-Kanak Suka Baling Barang?

Seiring dengan pertumbuhan bayi, kemahiran motor mereka juga berkembang. Tapi mengapa agaknya bayi suka membaling barang? Pakar menyifatkan perkara ini tidak ada kaitan dengan masalah tingkah laku tetapi ia hanya sekadar untuk menyuarakan emosi mereka. Ini dia beberapa sebab yang dikongsikan pakar mengapa mereka berkelakuan demikian. Cara Meluahkan Perasaan Walaupun kanak-kanak sudah pandai bertutur tetapi adakalanya mereka lebih memilih untuk meluahkan perasaan melalui tingkah laku. … Continue reading Kenapa Kanak-Kanak Suka Baling Barang?

Ketahui Sama Ada Bayi Anda Sihat Atau Tidak Melalui Najis

Bagi ibubapa yang baharu melahirkan bayi pertama mereka mungkin tidak pernah melihat najis bayi dan tidak pasti ianya normal ataupun tidak. Ini dia panduan najis bayi bergantung kepada apa yang diminum/makan dan sama ada mereka sihat ataupun kekurangan air. Bayi baru lahir Bayi baru lahir yang berusia kurang dari empat hari selalunya akan mengeluarkan najis berwarna hitam seperti minyak motor. Ianya hitam-hijau, melekit. Najis ini … Continue reading Ketahui Sama Ada Bayi Anda Sihat Atau Tidak Melalui Najis

Apa Yang Patut Dilakukan Sekiranya Bayi Jatuh Terhentak Kepala?

Ketika bayi, adalah lebih mudah untuk bayi terhantuk atau jatuh dengan terhentak kepala dahulu kerana secara fizikalnya kepala bayi adalah lebih besar berbanding bahagian lain tubuh mereka menyebabkan mereka lebih mudah tidak stabil. Namun, sudah pasti ibubapa akan risau sekiranya anak anda jatuh dan terhentak kepala tetapi setakat mana yang perlu anda risau? Menurut sebuah kajian antarabangsa, hanya 2-3% bayi yang jatuh akan mengalami retakan … Continue reading Apa Yang Patut Dilakukan Sekiranya Bayi Jatuh Terhentak Kepala?

Menukar Pengambilan Susu Ibu Kepada Susu Lembu

Pengambilan susu ibu adalah digalakkan sehingga usia dua tahun. Akan tetapi ada sahaja ibu yang masih memberi susu kepada anak mereka setelah usia tersebut. Bagi ibu yang ingin memulakan anak mereka untuk minum susu lembu mungkin terlintas di fikiran sama ada mereka lebih sesuai untuk menggunakan botol susu ataupun cawan? Susu Dalam Botol Atau Cawan? Menurut pakar, jika anda memperkenalkan susu lembu kepada bayi anda … Continue reading Menukar Pengambilan Susu Ibu Kepada Susu Lembu

Pada Usia Berapa Bayi Boleh Minum Susu Lembu?

Ramai ibubapa yang memberi anak mereka susu formula mungkin pernah terfikir untuk menukarkan kepada susu lembu kerana harganya yang lebih murah dan lebih mudah untuk disediakan. Akan tetapi pakar selalunya tidak akan membenarkan perkara tersebut dilakukan sehinggalah bayi berusia 9 hingga 12 bulan. Mengapa Bayi Tidak Boleh Minum Susu Lembu? Ini kerana bayi tidak dapat menghadam susu lembu dan mereka boleh kekurangan zat besi jika … Continue reading Pada Usia Berapa Bayi Boleh Minum Susu Lembu?

Boleh Ke Bayi Makan Kacang?

Nasihat untuk memberi kekacang kepada bayi telah berubah sejak kebelakangan ini. Sebelum ini ibubapa seringkali dinasihatkan untuk tidak memberi sebarang makanan berunsurkan kacang kepada bayi sehingga mereka berusia 3 tahun kerana bimbang risiko alahan. Namun begitu, sejak beberapa kajian dilakukan, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) kini percaya bahawa melambatkan pemakanan berunsurkan kacang tidak melindungi kanak-kanak daripada risiko alahan. Malah, memperkenalkan makanan ini ditahap yang lebih awal … Continue reading Boleh Ke Bayi Makan Kacang?

Makanan Bayi Tak Ada Rasa, Boleh Ke Tambah Garam?

Bayi di bawah usia 12 bulan hanya boleh menerima kandungan garam yang sangat sedikit. Kurang daripada 1g sahaja setiap hari. Ini kerana ginjal bayi belum boleh menampung jumlah garam lebih daripada 1g (0.4g sodium). Sebelum usia bayi 6 bulan, bayi akan mendapatkan sodium/garam daripada susu ibu ataupun susu formula yang diberikan. Setelah 6 bulan ketika bayi mula memakan makanan, tidak perlu memberi makanan ditambah garam … Continue reading Makanan Bayi Tak Ada Rasa, Boleh Ke Tambah Garam?

Botol Susu Plastik Berbahaya?

Baru-baru ini terdapat sebuah kajian yang menyatakan bayi yang diberi susu menggunakan botol menelan berjuta kepingan mikroplastik setiap hari. Menurut sebuah artikel di NST, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa manusia memakan bilangan partikel mikroplastik yang sangat tinggi. Mikroplastik ini terhasil apabila kepingan plastik yang besar terpecah menjadi kepingan kecil. Walau bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui tentang impak ke atas kesihatan manusia. Jutaan Mikroplastik Dikeluarkan Botol … Continue reading Botol Susu Plastik Berbahaya?