Bolehkah Kanak-Kanak Mendapat Covid-19?

Setakat ini kes melibatkan kanak-kanak terkena jangkitan Covid-19 adalah sangat jarang dan pakar telah mengesahkan perkara ini. Walau bagaimanapun ia tidak bermakna bahawa bayi, kanak-kanak dan remaja tidak boleh membawa virus korona ini yang mana telah berjangkit daripada haiwan kepada manusia di China pada penghujung tahun lalu. Peningkatan kes Covid-19 dalam negara kita juga agak membimbangkan sehingga pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan arahan perintah kawalan pergerakan … Continue reading Bolehkah Kanak-Kanak Mendapat Covid-19?

Adakah Selamat Untuk Anak Berenang Sewaktu Pandemik Covid-19?

Cuti sekolah telah tiba pasti ibubapa sebenarnya sudah ada perancangan untuk membawa anak bercuti namun kerana kita kini harus menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, semua rancangan percutian harus dibatalkan. Namun jika ada yang terpaksa balik kampung bersama anak, Dr Lokman Hakim menasihatkan ahli keluarga untuk tidak kemana-mana sekiranya ada yang sakit dan sentiasa menjaga kebersihan tangan dan bawalah ‘hand sanitiser‘ ataupun tisu basah beralkohol ke mana … Continue reading Adakah Selamat Untuk Anak Berenang Sewaktu Pandemik Covid-19?

Lepas Ini IbuBapa Tak Perlu Terlebih Risau Bagi Coklat Kepada Anak

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa coklat yang dihasilkan daripada koko ini memberikan manfaat dari segi kesihatan. Apa yang ada dalam coklat? Coklat mengandungi karbohidrat, protein, lemak, dan vitamin; yang baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Selain itu, coklat juga mengandungi antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas. Coklat juga dapat membantu anak anda melegakan tekanan dan mententeramkan emosi mereka. Malah, antioksidan ini juga mampu membaiki … Continue reading Lepas Ini IbuBapa Tak Perlu Terlebih Risau Bagi Coklat Kepada Anak

Betul Ke Hujan Boleh Menyebabkan Demam?

Kebanyakan ibubapa selalunya akan mencegah anak daripada bermain hujan kerana risau akan dapat selesema atau terjatuh kerana lantai licin. Ada juga yang percaya bahawa hujan yang kita alami sekarang memiliki elemen asid dan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Oleh itu kita wajib berada di rumah setiap kali hujan. Fakta Tentang Hujan Asid Hujan asid terjadi apabila sulfur dioksida dan nitrogen oksida terlepas di atmostera dan di … Continue reading Betul Ke Hujan Boleh Menyebabkan Demam?

Setelah Bersama Suami, 5 Langkah Ini Patut Isteri Lakukan

Menjadikan amalan untuk ke tandas setelah bersetubuh adalah kebiasaan yang baik untuk mengelak jangkitan yang boleh menyebabkan isu kesihatan yang tidak baik. Ini adalah beberapa amalan yang perlu anda lakukan untuk mengelak daripada jangkitan atau pembiakan bakteria. 1. Membuang air kecil Walaupun anda tidak ada rasa untuk membuang air kecil, namun ia adalah perkara penting kerana molekul luar termasuk bakteria boleh memasuki uretra, tiub urinri … Continue reading Setelah Bersama Suami, 5 Langkah Ini Patut Isteri Lakukan

Adakah Kita Masih Boleh Makan Makanan Yang Sudah Tamat Tempoh?

Melihat kepada tarikh luput yang tertera pada pakej makanan betulkah makanan tersebut sudah tidak boleh dimakan dan harus dibuang? Menurut pakar pemakanan di Jerman, jika ia kelihatan baik, bau tidak busuk dan rasa seperti biasa, sudah pasti makanan tersebut masih boleh dimakan. Tarikh ‘baik sebelum’ itu diberikan oleh pihak pengeluar makanan untuk membantu anda membuat keputusan berjaga-jaga tentang status makanan tersebut. Ia bukanlah tarikh muktamad … Continue reading Adakah Kita Masih Boleh Makan Makanan Yang Sudah Tamat Tempoh?

Trauma Akibat Melahirkan Anak

Setiap wanita yang pernah mengharungi proses melahirkan anak akan mengalami proses paling menyakitkan dalam hidup mereka dan ada yang memberi kesan mendalam seperti ‘trauma’. Pakar menasihatkan untuk wanita yang mengalami kesan negatif terhadap pengalaman mereka melahirkan anak untuk bersuara tentang pengalaman tersebut. Bagaimana Trauma Setelah Melahirkan Anak Terjadi? “Setelah melahirkan anak, pengeluaran hormon estrogen di dalam badan wanita akan turun secara mendadak dan ini menyebabkan … Continue reading Trauma Akibat Melahirkan Anak

10 Cara Mendidik Anak Menjadi Sopan-Santun

Kebanyakan ibubapa zaman sekarang mungkin sudah tidak lagi menggunakan kekerasan ke atas anak-anak mereka dalam mendidik cara berbudi bahasa. Tidak ada salahnya dalam melakukan tersebut namun ini dia beberapa perkara untuk membantu ibubapa mengajar dan menunjukkan kepada anak cara betul bersopan-santun untuk membantu mereka membentuk kemahiran insaniah serta bergaul dengan rakan-rakan yang lain dengan lebih baik. Mulakan dengan yang asas Daripada usia 18 bulan, anak … Continue reading 10 Cara Mendidik Anak Menjadi Sopan-Santun

Hanya Satu Suntikan HPV Mencukupi?

Sebuah kajian oleh University of Texas Medical Branch di Galveston, Amerika Syarikat telah mendapati satu dos vaksin HPV – human papillomavirus untuk mencegah penyakit serviks yang boleh menjadi kanser adalah efektif seperti mana pengambilan dos pelbagai. Kajian yang dilakukan ke atas 133,082 gadis berusia daripada 9 hingga 26 tahun yang mana 66,541 daripada mereka pernah mengambil vaksin HPV satu atau lebih daripada satu kali daripada … Continue reading Hanya Satu Suntikan HPV Mencukupi?

Mengapa Vaksin Pneumococcal Sangat Penting Sehingga Kerajaan Memberikannya Percuma Untuk Bayi Lahir 1 Januari 2020?

Pneumonia boleh membunuh! Itulah hakikat yang sangat dahsyat. Ia hanya bermula dengan gejala selesema yang biasa dan akan turun ke bahagian dada. Virus ini akan menyebabkan tisu pada paru-paru keradangan sehingga menyebabkan bakteria yang terdapat di kawasan tersebut melepasi sistem pertahanan imun dan menyebabkan jangkitan sekunder. Jangkitan pneumococcal yang sering menyerang kanak-kanak dan warga tua pula selalunya terjadi kerana terdapatnya bakteria Streptococcus pneumoniae. Bakteria ini … Continue reading Mengapa Vaksin Pneumococcal Sangat Penting Sehingga Kerajaan Memberikannya Percuma Untuk Bayi Lahir 1 Januari 2020?