Apa Itu Sindrom Asperger Seperti Yang Dialami Greta Thunberg?

Mungkin ada yang sudah tahu bahawa pejuang perubahan iklim dunia, Greta Thunberg memiliki sindrom Asperger. Tetapi apa itu sindrom Asperger? Sindrom ini boeh dikatakan sindrom psikologi yang baharu dikesan pada tahun 1980an. Ia telah diperihalkan untuk pertama kalinya di England oleh pakar psikiarti Dr Lorna Wing. Namun nama ‘Asperger’ itu diambil setelah seorang pakar kanak-kanak, Dr Hans Asperger menulis tentang sindrom itu setelah melakukan sebuah … Continue reading Apa Itu Sindrom Asperger Seperti Yang Dialami Greta Thunberg?

Betul Ke ‘Fogging’ Boleh Menyebabkan Autisme?

Anda mungkin pernah dengar istilah fogging sebelum ini – ia adalah penyemburan racun perosak di udara untuk membunuh nyamuk. Berdasarkan sebuah kajian, mereka telah mendapati bahawa terdapat korelasi antara penyemburan tersebut dengan peningkatan risiko kelewatan perkembangan dan autisme di kalangan kanak-kanak. Pada mesyuarat Pertubuhan Akademik Pediatrik baru-baru ini, para penyelidik tersebut telah membentang kajian di mana mereka melihat kaitan di antara kadar autisme dan kelewatan perkembangan dari … Continue reading Betul Ke ‘Fogging’ Boleh Menyebabkan Autisme?

Mengapa Anak Autisme Lebih Cenderung Mengalami Sawan?

Umum mengetahui bahawa kebanyakan kanak-kanak autisme akan mengalami sawan. Walau bagaimanapun banyak lagi yang perlu dipelajari tentang hubungan di antara kedua-dua penyakit ini. Sebuah kajian oleh Penn’s Perelman School of Medicine mendapati kemungkinan besar apabila seseorang itu terkena sawan, ia akan menyebabkan sinapsis di dalam otak terangsang tetapi mengganggu pertumbuhan pembelajaran kanak-kanak autisme. Walau bagaimanapun mereka mendapati ubat yang terdapat di pasaran serta rawatan yang sedang diusahakan … Continue reading Mengapa Anak Autisme Lebih Cenderung Mengalami Sawan?

IbuBapa Menggunakan Agama Sebagai Alasan Untuk Tidak Suntik Vaksin Pada Anak?

Semasa zaman kerajaan Barisan Nasional, mereka pernah cuba untuk menjadikan suntikan vaksin sebagai prasyarat untuk bersekolah setelah beberapa kematian akibat penyakit difteria pada tahun 2016. Walau bagaimanapun terdapat kekangan dan tentangan untuk menguatkuasakan undang-undang ini. Oleh yang demikian, Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementeriannya akan cuba menasihatkan ibubapa untuk mendapatkan vaksin bagi anak-anak mereka. Sukar Apabila Menggunakan Agama Sebagai Alasan … Continue reading IbuBapa Menggunakan Agama Sebagai Alasan Untuk Tidak Suntik Vaksin Pada Anak?

Dari Mana Datangnya Dakyah Anti-vaksin Moden?

Sehingga ke hari ini, gerakan anti-vaksin di seluruh dunia semakin membesar dan membimbangkan. Ini kerana fahaman mereka yang tidak bersandarkan saintifik dan hanya berdasarkan perasaan semata-mata adalah tidak rasional dan akan menjadi racun kepada seluruh masyarakat di dunia. Kini, mereka muncul pula dengan dakyah baharu yang mengatakan pengambilan vaksin akan menyebabkan anak anda menghidap autisme. Jadi, sejauh manakah kebenaran fahaman mereka ini? Dari mana timbulnya … Continue reading Dari Mana Datangnya Dakyah Anti-vaksin Moden?

4 Langkah Untuk Mengetahui Kanak-Kanak Mengalami Gangguan Spektrum Autisme

Pada tahun 2013, Persatuan Psikiatri Amerika telah mengabungkan empat keadaan yang berhubung kait di antara satu sama lain iaitu gangguan autistik, gangguan disintegratif kanak-kanak, gangguan perkembangan yang meluas yang tidak spesifik dan sindrom Asperger di bawah satu payung diagnosis dipanggil Gangguan Spektrum Autisme (ASD). “Kami perlu melihat kanak-kanak tersebut secara menyeluruh sebelum membuat keputusan,” kata pakar perkembangan kanak-kanak Dr Subhashini Jayanath. Langkah-langkah Yang Diambil Untuk … Continue reading 4 Langkah Untuk Mengetahui Kanak-Kanak Mengalami Gangguan Spektrum Autisme

Hubungan Antara Gajet Dan Kanak-Kanak Yang Menunjukkan Simptom Autisme

Mana-mana pakar perkembangan kanak-kanak pasti akan menasihatkan ibubapa untuk mengurangkan pendedahan gajet kepada anak mereka. Pakar perkembangan kanak-kanak, Dr Subhashini Jayanath berkata ramai ibubapa akan berkata mereka mendedahkan gajet kepada anak mereka sebaik sahaja mereka mampu untuk duduk iaitu di antara usia enam sehingga tujuh bulan. Banyak Belajar Melalui Gajet Tetapi.. “Terdapat kesalahan konsep yang menyatakan kanak-kanak dapat mempelajari banyak perkara melalui gajet ini. Ya, mereka akan … Continue reading Hubungan Antara Gajet Dan Kanak-Kanak Yang Menunjukkan Simptom Autisme