Pada Umur Berapakah Paling Sesuai Untuk Mengajar Anak Berus Gigi?

Penjagaan mulut perlu dimulakan sejak bayi lagi apatah lagi sejak bayi mula makan dan minum.

Bagi bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, ibubapa hanya perlu membersihkan mulut mengunakan kain gauz yang bersih dan basah ataupun apa sahaja kain bersih dan basah dan mengesat bahagian mulut dan gusi bayi.

Apabila gigi pertama bayi telah muncul, anda sudah seharusnya mula memberus gigi anak.

Ini dia beberapa tips penjagaan mulut untuk anak anda:

  • Mulakan dengan membasuh dan memastikan berus dalam keadaan basah. Cuba dapatkan nasihat pakar seperti doktor kanak-kanak atau doktor gigi tentang waktu sesuai untuk menggunakan ubat gigi.
  • Bagi kanak-kanak yang berusia 2 hingga 5 tahun, adalah digalakkan untuk meletakkan ubat gigi bersaiz kacang pea. Walau bagaimanapun pemerhatian ibubapa adalah disarankan untuk mengelak luka.
  • Apabila kanak-kanak telah meningkat usia 6-8 tahun, mereka sudah berupaya untuk memberus gigi tanpa pengawasan ibubapa tetapi ibubapa digalakkan untuk memeriksa gigi mereka agar anak anda tidak terlepas bahagian yang harus diberus.
  • Galakkan anak anda untuk memberus gigi dua kali sehari – sekali di pagi hari dan sekali pada waktu malam.
  • Pastikan anda menggunakan berus gigi lembut.
  • Jika anda mahu menggunakan berus gigi bateri, ia boleh digunakan untuk mengeluarkan lapisan plak dari gigi dan gusi.
  • Ia adalah digalakkan untuk menukar berus gigi sekiranya mereka mengalami jangkitan selesema untuk mengelak daripada jangkitan berlarutan.
  • Menurut laman colgate.com, bagi kanak-kanak berusia kurang daripada dua tahun, mereka seharusnya diajar cara untuk meludah keluar ubat gigi sebaik yang boleh setelah menggosok gigi dengan kehadiran ibubapa kerana mempelajari proses ini dengan tambahan fluorida membolehkan enamel pada gigi menjadi lebih kuat.
  • Setelah kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun, mereka boleh mengumur mulut dengan air setelah memberus gigi.

Leave a comment