Kajian Mendapati Cuaca Mungkin Sebab Peningkatan Kelahiran Bayi Pramatang

Kajian yang dijalankan di Universiti California-Los Angeles (UCLA) oleh Insititut Alam Sekitar dan Kelestarian mendapati cuaca panas boleh menyebabkan peningkatan bilangan bayi yang lahir pramatang, sebuah fenomena yang mungkin akan menjadi lebih teruk akibat perubahan iklim dunia.

Mereka telah mendapati purata 25,000 bayi yang lahir sehingga dua minggu awal adalah ketika cuaca lebih panas berbanding kebiasaannya di Amerika Syarikat daripada tahun 1969 hingga 1988.

Sebab utama mengapa para ibu melahirkan anak lebih awal ketika kadar merkuri bertambah adalah tidak diketahui tetapi kelahiran pramatang adalah isu yang harus diambil serius kata para penyelidik yang menerbitkan kajian mereka di jurnal Nature Research.

“Cuaca panas meningkatkan kadar hormon oksitosin pada wanita yang menjadi kunci untuk melahirkan anak. Namun kaitannya dengan cuaca panas adalah mungkin kerana tekanan kardiovaskular yang menyebabkan kelahiran awal,” kata salah seorang pengkaji.

Para pengkaji juga mendapati apabila suhu meningkat 5% daripada kadar biasa dan melebihi 32.2°C, kadar kelahiran pra-matang turut meningkat.

Dengan peningkatan suhu sebanyak 1°C yang berlaku akibat pemanasan global, para pengkaji sangat risau dengan impak yang diberikan kepada kelahiran pramatang di masa depan.

“Kami menganggarkan lebih 1 daripada 100 kelahiran akan menjadi kelahiran pramatang di Amerika di akhir abad ini. Walaupun nilainya mungkin kecil tetapi risikonya adalah lebih tinggi berbanding kemalangan kereta,” ujar para penyelidik.

Leave a comment