Ramai IbuBapa Di Malaysia Buka Akaun Media Sosial Untuk Anak Tetapi Tidak Tahu Impak Yang Bakal Dihadapi

Lebih ramai ibu bapa di Malaysia telah menolong anak-anak mereka yang di bawah umur untuk membuka akaun media sosial walaupun laman web tersebut tidak membenarkan akses kepada mereka yang di bawah umur 13 tahun. Selain daripada diminta oleh anak-anak mereka untuk membuka akaun, ibu bapa merasakan media sosial adalah salah satu cara untuk anak mereka berhubung dengan rakan-rakan mereka. Sebuah tinjauan daripada Cybersecurity Malaysia (CSM) … Continue reading Ramai IbuBapa Di Malaysia Buka Akaun Media Sosial Untuk Anak Tetapi Tidak Tahu Impak Yang Bakal Dihadapi

Kisah Adiwira Dambaan Anak Merisaukan Beberapa Ibu Di Malaysia

Membaca sebuah ruang pembaca di TheStar tentang anak mudah meniru, oleh itu berhati-hatilah dalam berkata-kata. Sebuah kajian pernah melihat bahawa otak kanak-kanak di bawah enam tahun adalah seperti span. Mereka boleh mengambil semua informasi disekeliling mereka dan begitu cepat sehingga ibubapa akan kagum. Membaca tulisan Nursyuhada Zakaria daripada UiTM Pasir Gudang, Johor tentang daya ingatan anaknya menghafal skrip dari filem BoBoiBoy Movie 2 kerana sangat … Continue reading Kisah Adiwira Dambaan Anak Merisaukan Beberapa Ibu Di Malaysia

Kajian: Bayi Lahir Melalui Pembedahan Tidak Memiliki Bakteria Baik Dalam Usus

Kajian selama 7 tahun yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari University College London (UCL) telah mendapati terdapat perbezaan di antara bayi yang dilahirkan melalui pembedahan ceasarean dan lahir secara normal. Mereka mendapati bayi yang lahir melalui pembedahan menunjukkan sedikit kehadiran mikrob yang didapati melalui ibu dan lebih memiliki bakteria daripada persekitaran hospital. Para pengkaji tersebut juga melihat terdapat perbezaan di antara persekitaran bagi ibu bayi … Continue reading Kajian: Bayi Lahir Melalui Pembedahan Tidak Memiliki Bakteria Baik Dalam Usus

10 Permainan Tradisional Yang Patut Diturunkan Kepada Anak-Anak

Anak generasi baharu ini semuanya lahir dengan gajet di hadapan mata mereka. Walaupun ia membuat mereka semakin pandai dan memberi masa untuk ibubapa tenang seketika tetapi ia juga tidak baik untuk kesihatan mereka. Terdapat kajian yang menunjukkan aktiviti fizikal akan memberikan mereka tidur yang lebih baik sekaligus membolehkan mereka fokus dengan lebih baik. Aktiviti fizikal ini juga boleh memberi minda anak anda berfikir dengan lebih … Continue reading 10 Permainan Tradisional Yang Patut Diturunkan Kepada Anak-Anak

10 Cara Untuk Berbincang Tentang Bahagian Sulit & Hubungan Intim Dengan Anak

Ibubapa sering kali mengelak untuk berbincang tentang hubungan intim dengan anak mereka. Guru-guru pula sering kali mengajar tentang anotomi manusia sepintas lalu dan remaja kita pula berbincang tentangnya secara diam-diam. Mengapa kita sering malu untuk berbincang tentang hal ini? Perkara ini merupakan taboo untuk kita di Asia. Ia memang sudah tertanam di dalam budaya kita untuk tidak berbincang tentang perkara ini secara terbuka. Oleh sebab … Continue reading 10 Cara Untuk Berbincang Tentang Bahagian Sulit & Hubungan Intim Dengan Anak

Mungkin Ini Sebabnya Mengapa Remaja Sekarang Lebih Senang Murung

Laporan teknikal National Health and Morbidity Survey 2019 telah mendapati keadaan kesihatan mental bagi remaja berusia di antara 13 hingga 17 tahun pada masa kini sangat membimbangkan dengan 6.8% daripada hasil penyelidikan telah mendapati mereka telah cuba untuk membunuh diri sekali atau lebih daripada sekali. Manakala 10% daripada hasil kajian telah mendapati mereka telah berfikir untuk membunuh diri secara serius sejak 12 bulan kebelakangan. Perkara … Continue reading Mungkin Ini Sebabnya Mengapa Remaja Sekarang Lebih Senang Murung

Pengguguran Kandungan Tidak Dibenarkan Kecuali 3 Keadaan Ini

Sebuah data yang diterbitkan pada tahun 2014 menunjukkan 40% kehamilan di dunia yang bersamaan dengan 85 juta orang adalah tidak disengajakan. Menurut pakar sakit puan dan obstetrik Dr John Teo, ini bermakna empat daripada sepuluh kehamilan adalah tidak dirancang. “Apa yang lebih tragis ialah 50% daripadanya diakhiri dengan pengguguran dan perkara ini berlaku dimana-mana termasuk Malaysia,” katanya kepada TheStar Walaupun tidak ada data secara rasmi … Continue reading Pengguguran Kandungan Tidak Dibenarkan Kecuali 3 Keadaan Ini

Pada Umur Berapakah Paling Sesuai Untuk Mengajar Anak Berus Gigi?

Penjagaan mulut perlu dimulakan sejak bayi lagi apatah lagi sejak bayi mula makan dan minum. Bagi bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, ibubapa hanya perlu membersihkan mulut mengunakan kain gauz yang bersih dan basah ataupun apa sahaja kain bersih dan basah dan mengesat bahagian mulut dan gusi bayi. Apabila gigi pertama bayi telah muncul, anda sudah seharusnya mula memberus gigi anak. Ini dia beberapa … Continue reading Pada Umur Berapakah Paling Sesuai Untuk Mengajar Anak Berus Gigi?

Mengapa Anak Autisme Lebih Cenderung Mengalami Sawan?

Umum mengetahui bahawa kebanyakan kanak-kanak autisme akan mengalami sawan. Walau bagaimanapun banyak lagi yang perlu dipelajari tentang hubungan di antara kedua-dua penyakit ini. Sebuah kajian oleh Penn’s Perelman School of Medicine mendapati kemungkinan besar apabila seseorang itu terkena sawan, ia akan menyebabkan sinapsis di dalam otak terangsang tetapi mengganggu pertumbuhan pembelajaran kanak-kanak autisme. Walau bagaimanapun mereka mendapati ubat yang terdapat di pasaran serta rawatan yang sedang diusahakan … Continue reading Mengapa Anak Autisme Lebih Cenderung Mengalami Sawan?

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Bercerai Susu Dengan Anak?

Ramai yang berpendapat bahawa umur dua tahun merupakan had batas memberi susu ibu kepada anak mereka tetapi sebenarnya ia hanyalah merupakan tempoh ideal untuk menyusukan anak selama dua tahun seperti mana yang ditulis dalam Surah alBaqarah ayat 223. وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan … Continue reading Bilakah Waktu Terbaik Untuk Bercerai Susu Dengan Anak?