Kajian Mendapati Cuaca Mungkin Sebab Peningkatan Kelahiran Bayi Pramatang

Kajian yang dijalankan di Universiti California-Los Angeles (UCLA) oleh Insititut Alam Sekitar dan Kelestarian mendapati cuaca panas boleh menyebabkan peningkatan bilangan bayi yang lahir pramatang, sebuah fenomena yang mungkin akan menjadi lebih teruk akibat perubahan iklim dunia. Mereka telah mendapati purata 25,000 bayi yang lahir sehingga dua minggu awal adalah ketika cuaca lebih panas berbanding kebiasaannya di Amerika Syarikat daripada tahun 1969 hingga 1988. Sebab … Continue reading Kajian Mendapati Cuaca Mungkin Sebab Peningkatan Kelahiran Bayi Pramatang

Kelilingi Anak Anda Dengan Kehijauan Bumi Untuk Meningkatkan IQ Mereka

Sebuah kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun oleh Universiti Hasselt di Belgium telah mendapati kanak-kanak yang membesar dengan persekitaran hijau mengalami kurang masalah kelakuan dan semakin pintar. Analisis yang dikeluarkan dalam jurnal Plos Medicine ini telah menunjukkan peningkatan kawasan hijau sebanyak 3% di kejiranan kanak-kanak telah membuat markah IQ mereka meningkat rata-rata sebanyak 2.6 markah. Dalam mengukur ruang hijau, para … Continue reading Kelilingi Anak Anda Dengan Kehijauan Bumi Untuk Meningkatkan IQ Mereka

2 Resepi Mudah Gantikan Bahan Dalam ‘Dessert’ Untuk Bayi Di Bawah Usia 1 Tahun

Mungkin ramai tidak tahu bahawa bayi anda yang sudah boleh mengunyah itu boleh diberikan manisan. Namun, terdapat pelbagai ramuan di dalam kuih atau manisan yang sedia ada tidak boleh diberi kepada anak yang berusia di bawah satu tahun kerana mengandungi susu lembu, gula ataupun madu. Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang anak anda untuk mencuba sesuatu yang baharu. Anda boleh lakukan resepi pencuci mulut yang “baby-friendly” … Continue reading 2 Resepi Mudah Gantikan Bahan Dalam ‘Dessert’ Untuk Bayi Di Bawah Usia 1 Tahun

Berapa Lama Bayi Baru Lahir Perlu Tidur?

Setiap bayi memiliki waktu tidur yang berlainan. Walau bagaimanapun, secara umumnya bayi tidur mengikut peringkat usia ini:- Bayi baru lahir hingga 3 bulan: Bayi yang sihat selalunya akan tidur selama 14 hingga 17 jam sehari. Namun akan terbangun setiap dua hingga empat jam untuk minum susu, tukar lampin ataupun hanya untuk ditenteramkan. Walaupun tidak ada jadual yang tepat untuk diikuti, tetapi bayi selalunya akan tidur … Continue reading Berapa Lama Bayi Baru Lahir Perlu Tidur?

Bagaimana Epidural Berfungsi Untuk Mengurangkan Kesakitan Bersalin?

Epidural merupakan salah satu cara melegakan kesakitan sewaktu melahirkan anak. Ia merupakan bius yang disuntik berdekata dengan tulang belakang bahagian bawah. Ia akan membuat badan bahagian bawah anda kebas tetapi membenarkan ibu melahirkan terjaga serta berwaspada tentang kelahiran anak apabila datangnya tekanan untuk mengeluarkan anak dan pada masa sama rasa lebih selesa. Bagaimana Ianya Berfungsi? Jika seseorang itu ingin bersalin, uterus atau rahim akan mengecut … Continue reading Bagaimana Epidural Berfungsi Untuk Mengurangkan Kesakitan Bersalin?

Bagaimana Cara Untuk Membantu Bayi Yang Tercekik Makanan Atau Objek

Langkah Pertama Bagaimana mengenalpasti bayi anda dalam keadaan tercekik? Bayi anda mungkin akan batuk atau tersedak. Jika bayi anda masih mampu mengeluarkan suara dan bernafas, mereka tidak dalam keadaan tercekik. Tetapi jika bayi anda tidak mampu menangis mahupun batuk, ini bermakna ruang udara mereka tersekat sepenuhnya. Langkah Kedua Telefon talian kecemasan – 911 dan juga rakan atau ahli keluarga terdekat. Maklumkan kepada mereka jika anak … Continue reading Bagaimana Cara Untuk Membantu Bayi Yang Tercekik Makanan Atau Objek

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Anda Rasa Kepala Anak Anda Terdapat Kutu

Kutu di kepala tidak bermakna seseorang itu tidak pandai menjaga kebersihan diri tetapi ia sudah tentu membuat seseorang resah dan gatal di kepala. Apatah lagi jika ia berlaku kepada anak anda sendiri. Kegatalan bukan sahaja di kepala Untuk mengetahui sama ada kegatalan di kepala adalah disebabkan kutu atau tidak, simptom pertama ialah kegatalan tersebut bukan sahaja berlaku di kepala tetapi juga di garisan kepala serta … Continue reading Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Anda Rasa Kepala Anak Anda Terdapat Kutu

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anak Sudah 18 Bulan Tapi Belum Boleh Bercakap?

Lazimnya bayi di usia 18 bulan sudah mengungkap perkataan pertama mereka dan ibubapa digalakkan untuk merangsang mereka untuk bertutur sebelum mereka mencapai usia 18 bulan. Namun, sekiranya anak anda sudah 18 bulan dan belum lagi bercakap, pakar dari UK, Gemma Caton berkata anda tidak perlu terlalu risau kerana setiap anak memiliki masa perkembangan mereka tersendiri. Secara idealnya apabila anak anda mencapai usia 18 bulan, mereka … Continue reading Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anak Sudah 18 Bulan Tapi Belum Boleh Bercakap?

Cara Bantu Anak Hilangkan Rasa Takut Pada Waktu Malam

Ada sahaja imaginasi kanak-kanak ketika mereka tidur dalam gelap. Ada yang takut ada hantu di bawah katil, dalam almari dan sebagainya. Semua ini adalah perkara biasa. Tapi bagaimana kita sebagai ibubapa boleh bantu mereka mengatasi ketakutan ini? Ketahui apa yang menyebabkan mereka takut Cuba tanya dan dengar keluhan anak mengapa mereka memiliki rasa takut itu. Jangan mengejek mereka atau mengetawakan ketakutan mereka itu kerana selalunya … Continue reading Cara Bantu Anak Hilangkan Rasa Takut Pada Waktu Malam

Kanak-Kanak Hisap Ibu Jari: Perkara Biasa Atau Tidak?

Menghisap ibu jari sewaktu masih bayi adalah perkara biasa. Menurut Persatuan Pergigian Amerika (ADA), ia merupakan refleks biasa untuk bayi melakukannya dan boleh dilihat ketika di dalam perut ibu lagi. Ia memberi bayi ketenangan dan seiring dengan tumbesarannya, ia akan membuat bayi rasa lebih aman dan gembira. Ia juga merupakan perkara yang menenangkan mereka dan kebanyakan bayi dan anak kecil akan menghisap jari ketika mereka … Continue reading Kanak-Kanak Hisap Ibu Jari: Perkara Biasa Atau Tidak?