Hanya Satu Suntikan HPV Mencukupi?

Sebuah kajian oleh University of Texas Medical Branch di Galveston, Amerika Syarikat telah mendapati satu dos vaksin HPV – human papillomavirus untuk mencegah penyakit serviks yang boleh menjadi kanser adalah efektif seperti mana pengambilan dos pelbagai. Kajian yang dilakukan ke atas 133,082 gadis berusia daripada 9 hingga 26 tahun yang mana 66,541 daripada mereka pernah mengambil vaksin HPV satu atau lebih daripada satu kali daripada … Continue reading Hanya Satu Suntikan HPV Mencukupi?

Mengapa Vaksin Pneumococcal Sangat Penting Sehingga Kerajaan Memberikannya Percuma Untuk Bayi Lahir 1 Januari 2020?

Pneumonia boleh membunuh! Itulah hakikat yang sangat dahsyat. Ia hanya bermula dengan gejala selesema yang biasa dan akan turun ke bahagian dada. Virus ini akan menyebabkan tisu pada paru-paru keradangan sehingga menyebabkan bakteria yang terdapat di kawasan tersebut melepasi sistem pertahanan imun dan menyebabkan jangkitan sekunder. Jangkitan pneumococcal yang sering menyerang kanak-kanak dan warga tua pula selalunya terjadi kerana terdapatnya bakteria Streptococcus pneumoniae. Bakteria ini … Continue reading Mengapa Vaksin Pneumococcal Sangat Penting Sehingga Kerajaan Memberikannya Percuma Untuk Bayi Lahir 1 Januari 2020?

Inilah Bagaimana Vaksin Terhasil

Bentuk imunisasi tambahan terawal yang pernah direkodkan adalah dengan meminum venom (racun) ular oleh para sami Budha. Mereka melakukannya supaya dapat berlindung daripada gigitan ular dan juga penyakit seperti cacar air. Selalunya pada zaman dahulu mereka akan menggunakan teori untuk menghindari daripada jangkitan cacar air. Sebagai contoh, mereka akan melumurkan cacar air lembu pada luka manusia. Ini Bagaimana Vaksin Mendapat Namanya Vaksin tidak wujud sehinggalah … Continue reading Inilah Bagaimana Vaksin Terhasil

IbuBapa Menggunakan Agama Sebagai Alasan Untuk Tidak Suntik Vaksin Pada Anak?

Semasa zaman kerajaan Barisan Nasional, mereka pernah cuba untuk menjadikan suntikan vaksin sebagai prasyarat untuk bersekolah setelah beberapa kematian akibat penyakit difteria pada tahun 2016. Walau bagaimanapun terdapat kekangan dan tentangan untuk menguatkuasakan undang-undang ini. Oleh yang demikian, Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementeriannya akan cuba menasihatkan ibubapa untuk mendapatkan vaksin bagi anak-anak mereka. Sukar Apabila Menggunakan Agama Sebagai Alasan … Continue reading IbuBapa Menggunakan Agama Sebagai Alasan Untuk Tidak Suntik Vaksin Pada Anak?

Dari Mana Datangnya Dakyah Anti-vaksin Moden?

Sehingga ke hari ini, gerakan anti-vaksin di seluruh dunia semakin membesar dan membimbangkan. Ini kerana fahaman mereka yang tidak bersandarkan saintifik dan hanya berdasarkan perasaan semata-mata adalah tidak rasional dan akan menjadi racun kepada seluruh masyarakat di dunia. Kini, mereka muncul pula dengan dakyah baharu yang mengatakan pengambilan vaksin akan menyebabkan anak anda menghidap autisme. Jadi, sejauh manakah kebenaran fahaman mereka ini? Dari mana timbulnya … Continue reading Dari Mana Datangnya Dakyah Anti-vaksin Moden?