Jangan Terlalu Melindungi Anak Dari Bakteria

Berbanding dengan generasi kanak-kanak terdahulu, kanak-kanak sekarang mungkin sudah sangat jarang didedahkan bermain di luar rumah.

Apatah lagi jika ada ibubapa yang takut dengan pendedahan mikroorganisma di persekitaran.

Pendedahan Bakteria Perlu Juga

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa kebersihan adalah perkara yang sangat penting untuk kekal sihat, tetapi ada ibubapa yang mengambil perkara ini terlalu serius sehingga anak mereka tidak akan terdedah dengan sebarang mikrob termasuk mikrob “baik” yang dikatakan sangat bagus untuk melatih sistem imunisasi bagi bereaksi baik terhadap sesuatu stimuli.

Namun begitu, ibu bapa tidak disalahkan sepenuhnya kerana umum tahu sesuatu penyakit itu berlaku akibat virus dan kuman sehingga menyebabkan ketakutan itu muncul.

Menurut saintis, pengurangan kepelbagaian mikrobiom manusia iaitu mikroorganisma yang tinggal di dalam badan manusia telah menyebabkan peningkatan penyakit alahan sehingga muncul “hipotesis kebersihan”.

Tidak Semua Mikroorganisma Jahat

Tidak semua mikroorganisma menyebabkan penyakit. Contohnya seperti di bahagian usus kita, terdapat pelbagai mikroorganisma tinggal di situ yang dipanggil mikrobiota usus.

80% sistem imunisasi badan terdapat di bahagian usus dan ia merupakan barisan pertahanan pertama tubuh badan kita ke atas jangkitan.

Untuk membina sistem imunisasi yang lebih kuat, kunci pertama ialah untuk mengekalkan kesimbangan yang sihat di antara bakteria baik dan bakteria jakat (85% bakteria baik berbanding 15% bakteria jahat).

Bakteria baik menjadi dinding ke atas usus kita sehingga mencegah mikroorganisma jahat membiak.

Mereka juga bantu sistem imunisasi badan bertindak balas ke atas ancaman luaran yang berguna untuk mengurangkan risiko penyakit alahan.

Sistem imun yang kuat membolehkan anak anda lebih menikmati aktiviti luar sehingga ibubapa juga boleh rasa tenang kerana yakin sistem imun anak mampu membuat diri selamat dan ia mendedahkan anak secara positif dengan setiap pendedahan tersebut.

Elak Pembedahan Caesar Supaya Anak Dapat Bakteria Baik Secara Semulajadi Dari Ibu

Untuk memastikan bakteria ini sudah ada sejak bayi dilahirkan, ia adalah baik untuk melahirkan anak secara alamai dan bukannya pembedahan caesaeran kerana apabila bayi dilahirkan melalui vagina, bayi akan terdedah kepada bakteria baik yang boleh bantu mikrobiota dalam usus untuk melindungi mereka.

Bakteria ini tidak akan didapati di mana-mana tempat lain kecuali pendedahan pertama di vagina ibu.

Walau bagaimanapun jika ibu tidak dapat melalui proses kelahiran anak secara normal, tidak mengapa kerana terdapat pelbagai lagi cara lain untu meningkatkan kesihatan usus anak.

Cara Meningkatkan Kesihatan Usus Anak

1. Antaranya ialah dengan pendedahan terhadap alam sekitar seperti berada di taman rekreasi, ladang dan juga hutan.

Ini bantu meningkatkan pendedahan ke atas pelbagai mikroorganisma yang boleh membantu sistem imun badan menjadikan badan lebih kuat.

2. Selain daripada itu, galakkan anak untuk bermain dengan haiwan peliharaan. Jika anda tidak boleh melakukan hal ini, bawa mereka ke zoo yang membolehkan mereka memegang haiwan (petting zoo).

3. Elakkan pengambilan antibiotik dan hanya memberinya jika perlu. Jangan mohon untuk memberi anak antibiotik setiap kali mereka sakit kerana antibiotik tidak berfungsi dengan baik untuk mengatasi penyakit viral.

4. Beri mereka pemakanan yang seimbang dan sihat. Masukkan diet penuh serat termasuk buah-buahan dan sayuran. Ini adalah baik untuk pastikan usus mereka sihat.

5. Beri juga anak-anak makan makanan pre dan probiotik. Selain itu, pastikan mereka sentiasa aktif secara fizikal, mendapatkan tidur yang cukup dan minum air yang banyak.

Walau apapun, kebersihan anak haruslah dijaga tetapi jangan melampaui batas sehingga idea hipotesis kebersihan itu terjadi sehingga anak tidak terdedah kepada bakteria sama sekali.

Pendedahan kepada aktiviti luar sudah pasti perlu digalakkan tetapi sudah tentu dengan penjagaan keselamatan yang baik.

Leave a comment