Ketuk Ketampi Merupakan Latihan Yang Baik Untuk Kanak-Kanak Disleksia

Kanak-kanak mengalami disleksia sering kali diabaikan dan akhirnya dipinggir serta diletakkan di belakang kelas tanpa pengawasan dan tunjuk ajar sehingga mereka akhirnya terjerumus dalam masalah sosial kerana tidak mahu meneruskan pembelajaran di sekolah. Bagi yang pertama kali mendengar perkataan disleksia, ia merupakan kesukaran seseorang kanak-kanak untuk belajar bahasa sehingga sukar bagi mereka untuk membaca dan menulis. Terdapat Kaedah Khas Untuk Mengajar Kanak-Kanak Disleksia Menurut Dr … Continue reading Ketuk Ketampi Merupakan Latihan Yang Baik Untuk Kanak-Kanak Disleksia

Adakah Kita Telah Gagal Melindungi Anak Kita?

Tulisan editor atas talian sebuah akhbar tempatan telah menarik perhatian tentang isu melibatkan keselamatan anak di dalam masyarakat terutamanya di sekolah. Seharusnya tidak ada sama sekali alasan daripada ibubapa yang gagal untuk melindungi anaknya tidak kira di rumah mahupun di sekolah. Ia adalah tanggungjawab kita sebagai orang lebih dewasa untuk memastikan anak kecil yang masih kecil untuk sentiasa dalam keadaan selamat. Kita perlu bantu mereka … Continue reading Adakah Kita Telah Gagal Melindungi Anak Kita?

Jangan Terlalu Melindungi Anak Dari Bakteria

Berbanding dengan generasi kanak-kanak terdahulu, kanak-kanak sekarang mungkin sudah sangat jarang didedahkan bermain di luar rumah. Apatah lagi jika ada ibubapa yang takut dengan pendedahan mikroorganisma di persekitaran. Pendedahan Bakteria Perlu Juga Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa kebersihan adalah perkara yang sangat penting untuk kekal sihat, tetapi ada ibubapa yang mengambil perkara ini terlalu serius sehingga anak mereka tidak akan terdedah dengan sebarang mikrob termasuk … Continue reading Jangan Terlalu Melindungi Anak Dari Bakteria

Perpustakaan Permainan Kanak-Kanak Pertama Di Pangsapuri PPR

‘Mewujudkan ruang selamat untuk bermain’ itulah tujuan utama perpustakaan sebegini diwujudkan untuk kanak-kanak komuniti B40 untuk menjalankan hak mereka untuk belajar dan bermain. PJKITA Jom Play! @ Perpustakaan Permainan Idaman, Perpustakaan Permainan Kanak-Kanak pertama yang di bina di PPR Idaman, Damansara Damai didirikan oleh Persatuan Permainan Malaysia (PPM) – dengan sokongan kuat dari rakan kongsinya, Yayasan Hong Leong, Nippon Paint, Epic Homes, Universiti Segi dan … Continue reading Perpustakaan Permainan Kanak-Kanak Pertama Di Pangsapuri PPR

Kanak-Kanak Berusia 1-4 Tahun Berpotensi Mengalami Mata Juling

Strabismus merupakan keadaan mata juling. Terdapat dua kategori utama di bawah strabismus ini iaitu esotropia (biji bola mata ke arah dalam) dan exotropia (biji bola mata ke arah luar). Esotropia Terdapat segelintir bayi yang lahir dengan mata esotropia dan terdapat juga yang hadir setelah lebih berusia kerana mereka berusaha untuk mengatasi masalah penglihatan yang dihadapi. Exotropia Exotropia adalah masalah yang sangat biasa dijumpai oleh doktor. … Continue reading Kanak-Kanak Berusia 1-4 Tahun Berpotensi Mengalami Mata Juling

Apakah Punca HFMD?

Penyakit kaki, tangan dan mulut merupakan penyakit yang sering menyerang kanak-kanak tetapi boleh juga berlaku kepada orang dewasa. Ia merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan jangkitan virus. Penyebab kepada penyakit ini adalah disebabkan 2 jenis virus iaitu virus Coxsackie dan virus enterovirus. Virus coxsackie sangat mudah menjangkiti orang lain. Ia boleh merebak dengan cara sentuhan kepada cecair daripada mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti virus tersebut. … Continue reading Apakah Punca HFMD?

Ini Mungkin Sebab Mengapa Anak Anda Yang Baru Bersekolah Sering Sembelit

Sembelit boleh berlaku sejak bayi lagi tetapi jika ia berlaku diperingkat kanak-kanak, ia berkemungkinan besar terjadi akibat perubahan rutin dan pemakanan mereka. Contohnya jika anak anda baru sahaja bermula sekolah, mereka tidak mahu menggunakan tandas sekolah untuk membuang air besar. Perkara ini boleh menyebabkan sembelit. Jika tidak diperhatikan dengan baik, sesetengah kanak-kanak akan mengalami muntah-muntah dan hilang selera makan. Untuk melihat sama ada anak anda … Continue reading Ini Mungkin Sebab Mengapa Anak Anda Yang Baru Bersekolah Sering Sembelit

11 Cara Mengatasi Sembelit Bayi Tanpa Ubat

Bila bayi tidak membuang air besar lebih dari sehari dua kebanyakan ibubapa akan mula panik kerana bayi yang kerap buang air besar sudah tidak membuang air besar. Tetapi menurut BabyCenter, sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil terutamanya yang masuh menyusu badan. Ia adalah biasa untuk bayi-bayi yang diberi susu ibu membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan kemudian hanya … Continue reading 11 Cara Mengatasi Sembelit Bayi Tanpa Ubat

Boleh Ke Kanak-Kanak Kena Kencing Manis?

Malangnya jawapannya adalah ya! Kanak-kanak juga boleh terkena kencing manis. Malah, statistik menunjukkan bahawa 17 daripada 100,000 kanak-kanak mengidap kencing manis. Bagaimana Kencing Manis Kanak-Kanak Terjadi? Kencing manis atau dikenali sebagai Diabetes mellitus dalam bahasa perubatan adalah keadaan di mana sel di dalam tubuh badan tidak dapat menggunakan gula di dalam darah (glukosa) yang berada di dalam peredaran darah. Keadaan ini terjadi kerana kurangnya hormon … Continue reading Boleh Ke Kanak-Kanak Kena Kencing Manis?

6 Cara Untuk Mengajak Anak Anda Melakukan Kerja Rumah

Apabila keluarga semakin membesar, jumlah kerja rumah yang perlu dilakukan juga bertambah. Mungkin terdapat keluarga yang memiliki pembantu rumah, tetapi memberi tugasan kepada anak boleh membantu mereka belajar bahawa bertanggungjawab. Mengajar mereka untuk melakukan kerja-kerja rumah juga boleh membuat mereka lebih berdikari sesuai dengan proses tumbesaran menjadi dewasa. Selain daripad rasa lebih bertanggungjawab, tugasan rumah boleh bantu mereka memjadi lebih berdisiplin serta meningkatkan kemahiran bersosial … Continue reading 6 Cara Untuk Mengajak Anak Anda Melakukan Kerja Rumah